17 Mar 2010 @ 11:03 PM 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Lebih sebulan aku tinggalkan blog ini tanpa memberi makan entri-entri jenama aku.Namun aku tidak sehari pun meninggalkan dunia blogging.Aik? Penipu la Ash_my ni. Aku tak tipu!Sebenarnya masa aku dihabiskan dengan usaha mewujudkan blog yang lebih bermakna dan memberi seribu satu fungsi terbaik kepada pembaca blog aku.Jutaan penghargaan pada semua yang ‘follow’ aku sedangkan usia aku dalam dunia blog belum mencecah setahun pun.

Apa yang aku buat sepanjang masa rehat yang terlalu lama ini?PLKN?Oh, tidak!Aku bernasib baik memandangkan diberi peluang untuk melakukan aktiviti selain PLKN.Apa?Aku blogwalking..Sesetengah orang menyebut blogjogging,jalan-jalan blog,singgah blog dan sebagainya namun jelas menandakan satu makna serupa. Meh, aku definisikan serba sedikit makna blog walking ini..sebenarnya blog walking ni lebih senang aku terangkan macam ni.Korang semua pernah tak luangkan masa untuk melawat blog-blog kengkawan atau sesiapa jua.Nah,itulah blogwalking a.k.a singgah blog.

Itu apa yang aku lakukan saban hari tanpa jemu.Penting sangat kah?Sebenarnya sangat penting bagi memastikan blog tersebut ada pengunjung dan traffic tinggi.Ni semua aku belajar hasil blogwalking dan dalam proses pengaplikasian ke atas blog aku yang tak seberapa matang ini..apa ada pada blogwalking?Ada faedah besar kepada kita, terutamanya bagi newbie cam aku ni.

Korang pun tahu betapa susahnya untuk blog korang (dan aku) untuk berada dalam ranking top dalam google search bukan?Maka langkah terbaik untuk meningkatkan pengunjung dan trafik adalah melalui blogwalking.Namun harus diingatkan bahawa blog walking tidak terhad kepada blog yang kita minat atau terkenal mahupun rakan kita sahaja. Adalah lebih baik jika kita lakukan singgah blog di mana-mana blog yang kita jumpa.

Singgah sahaja belum menentukan kedatangan pengunjung.Ish, banyak songeh pula aku ni. Ya la…Bayangkan kalau kau pergi jejak blog tapi kau tidak tinggalkan sebarang bukti mahupu kesan tapak kaki?Mampukah si penulis blog terbabit tahu yang kau telah memijak blognya?Maka tinggalkanlah jejak kaki.maksud aku, korang boleh penuhkan bahagian komen dalam blog tersebut dan sertakan link blog korang. Atau korang tinggalkan jejak di shoutbox.Namun bagi aku, komen adalah lebih digalakkan kerana bersifat agak kekal dan jelas.

Nanti!Komen yang ditinggalkan harus bersifat indah dan membina.Elakkan bahasa kasar dan kesat meskipun blog tersebut terlalu hampeh. Sekalipun sakit hati membaca entri seseorang itu, adalah lebih molek jika tinggalkan komen membina.Antara sedar atau tidak, pemilik blog tersebut memberi ruang promosi kepada blog kita secara percuma apabila komen kita disertakan url blog kita.Bukankah begitu para pembaca?

Jika jejak ditinggalkan di shoutbox, elakkan guna ayat seperti – Salam singgah,Salam,Salam ziarah,Jln2 petang dan sebagainya. Gunakan ayat yang mengajak pemilik mahupun pelawat datang ke blog kita.Saya suka gunakan ayat seperti – Jom datang umah pulak [link blog saya]. Simple tapi lebih jelas niat kita agar beliau sudi datang ke blog dan meningkatkan trafik jika dibandingkan dengan ayat-ayat biasa seperti tadi.

Sekadar leteran yang harus kita renungkan biarpun ianya sekadar dari budak baru.Mana la tahu jika suatu hari nanti, leteran ini baru kita sedar akan kebenarannya.

p/s: kalau salah minta tunjukkan.Komenla taw,ok?(trick tinggal jejak)

Posted By: Ash_my
Last Edit: 17 Mar 2010 @ 11:03 PM

EmailPermalink
Tags
Tags: , , , , , ,
Categories: Facts


 

Responses to this post » (One Total)

 
  1. khairolghani says:

    Bagus..rajin2 la blogwalking..kenalkan blog kita pada orang lain..

Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
Change Theme...
  • Users » 3
  • Posts/Pages » 15
  • Comments » 58
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

About



    No Child Pages.

Friend’s Site



    No Child Pages.