20 Dec 2009 @ 2:26 AM 


Idola Kecil 2Entah mengapa tapi aku gemar la juga menghabiskan masa di hadapan televisyen rumah menonton siaran Idola Kecil dari yang mula sampai yang terbaru..Idola Kecil dan Idola Kecil 2..Bila aku tengok cara pengadilan aku minat la sebab 100%  keputusan di tangan juri..Telus barangkali?Bila aku tengok budak-budak tu menangis sebab kawan-kawan tersingkir aku agak terasa sesuatu yang indah sedang berlaku…huh?

Diorang budak-budak lagi so lebih jujur dan innocent..so, tiada kepura-puraan melampau macam kita yang dewasa dah bukan budak-budak ini..Aku salute la diorang ni.sincere gila tangisan mereka..

Tapi minggu lepas FIENAZ tersingkir..Agak terkecewa la jugak aku sebab aku minat juga budak seorang ni..Wajahnya mengingatkan aku pada seseorang yang istimewa..Sebab dia tabah dan boleh pula pujuk kawan-kawan yang sedih terpaksa menghadapi perpisahan..Air mata menitis tapi ketabahan jelas ditampakkan pada wajahnya.

Tanya pada diri korang semua..Adakah kita mampu menjadi sejujur mereka dan tinggalkan hidup yang penuh dengan kepura-puraan…yang kita sendiri sebagai pengarah dan pelakonnya?Adakah kita akan merasai sesuatu kesedihan yang lahir benar-benar dari dalam hati dan bukannya lidah semata-mata?Masihkah kita mampu menahan kesedihan taktala perpisahan berlaku tanpa kita minta..?Sanggupkah kita kehilangan seseorang yang sangat kita sayang dan rela berbuat apajua asalkan tidak kehilangannya?Tabahkah kita andai seseorang itu pergi dulu sebelum kita sempat berbuat apa-apa untuk menghalangnya?Renung-renungkan sedalam yang mungkin dan anda akan menemui jawapannya kerana segala jawapan itu terletak dalam…jauh di sudut hati..

Cute Dayana

Dayana yang cute

Fienaz yang comel

Macam kembar..Dua-dua comey..

p/s: fienaz siap leh pujuk kawan-kawan even dia yang paling sedih..sob sob..

Still tabah dan boleh pujuk kawan-kawan

Senyuman dalam kedukaan...?

Posted By: Ash_my
Last Edit: 20 Dec 2009 @ 05:17 AM

EmailPermalink
Tags


 

Responses to this post » (One Total)

 
  1. shana says:

    fienaz memang seorang yg tabah (“,)

Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
Change Theme...
  • Users » 3
  • Posts/Pages » 15
  • Comments » 58
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

About



    No Child Pages.

Friend’s Site



    No Child Pages.